Tempahan Biskut Fancy Ice Cream Cookies

Author: Mazni Azmi // Category: ,

Fancy Ice-Cream Cookies
Biskut enak dan rangup yang disaluti coklat dan hiasan manisan yang menarik

Harga ~> RM26.00 sahaja
Kandungan~> 50 biji

Tempahan Biskut Cip Coklat

Author: Mazni Azmi // Category:

Chocolate Chip Cookies

Biskut yang sangat enak dan rangup berperisa coklat dan bertatahkan chip coklat. Turut didatangkan dengan versi chip coklat putih

Harga ~> RM26.00 sahaja
Kandungan ~> 50 biji

Tempahan Biskut Butter Finger

Author: Mazni Azmi // Category:

Butter Cookies
Biskut enak dan rangup berasaskan 'butter' dan bertatahkan ceri merah atau hijau

Harga ~> RM23.00 sahaja
Kandungan ~> 50 biji

Biskut Cornflakes Madu

Author: Mazni Azmi // Category: ,



Biskut Honey Cornflakes
Biskut enak dan rangup berasaskan emping jagung dan madu serta turut didatangkan dengan variasi bertatahkan ceri merah/hijau

Harga ~> RM23.00 sahaja
Kandungan ~> 50 biji

Tempahan Biskut Raya dan Majlis Kenduri

Author: Mazni Azmi // Category: ,
BERITA BAIK KEPADA SEMUA!!

Kami juga menyediakan tempahan biskut sebagai hadiah kepada yang tersayang atau kepada sahabat. Curahkan isi hati anda melalui pemberian yang menarik ini.

Didatangkan dengan bekas yang menarik beserta hiasan.

Apa tunggu lagi!! Cepat hubungi kami untuk tempahan

Kerepek Udang Kering

Author: Mazni Azmi // Category: ,
Kerepek Pagoda/Gunting
Rasa yang enak dan rangup berperisa udang kering yang pasti akan membangkitkan selera.

Harga:
1/2 kg ~> RM12.00 sahaja
1 kg ~> RM20.00 sahaja

Muruku Kacang Hijau

Author: Mazni Azmi // Category: ,

Muruku Kacang Hijau
Rasanya yang enak dan rangup yang berasaskan kacang hujau ini didatangkan dalam versi leper dan jejari.

Harga:
1/2 kg ~> RM12.00 sahaja
1 kg ~> RM20.00 sahaja

Selamat Berpuasa dan Menyambut Ramadhan

Author: Mazni Azmi // Category:
Assalamu'alaikum Wrmbth,

Selamat berpuasa diucapkan kepada seluruh umat islam di malaysia dan Seantero Dunia.

Anda sibuk membuat kuih raya, sibuk berniaga? Selamat berniaga dan beribadah sudah tentunya di bulan mulia.

Marilah sama-sama berusaha mengumpul pahala untuk akhirat. Dunia hanyalah jambatan menuju alam yang lebih gemilang. Insyaallah.

Ayuh memburu lailatul Qadr


 Niat sebulan dan harian. Alhamdulillah.

Segala amalan dimulai dengan niat. Puasa yang berjaya juga dimulakan dengan niat. Disini saya sertakan niat berpuasa.

Author: Faizal Al-Muhasibi // Category:
BERITA BAIK KEPADA SEMUA!!

Kami juga menyediakan tempahan biskut sebagai hadiah kepada yang tersayang atau kepada sahabat. Curahkan isi hati anda melalui pemberian yang menarik ini.

Didatangkan dengan bekas yang menarik beserta hiasan.

Apa tunggu lagi!! Cepat hubungi kami untuk tempahan

Author: Faizal Al-Muhasibi // Category:
Assalamu'alaikum Wrmbth

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan, Ramadhan Kareem yang dimuliakan bakal tiba setelah setahun tidak bersua. Marilah pertingkatkan amalan kita dan rebut segala peluang untuk menuju kejalan ALLAH.

Kami sangat berbesar hati untuk menawarkan kepada anda semua, seleksi biskut-biskut dan kek untuk Hari Raya Eid Ul-Fitr. InsyaALLAH anda akan berpuas hati dengan kualiti biskut keluaran kami.

HUBUNGI: 0172047223/0196969515/0173047278/0192653791 untuk tempahan.

BISKUT RAYA ALMOND LONDON

Author: Mazni Azmi // Category:
Assalamu'alaikum Wrmbth,

biskut yang pernah menjadi kegilaan di hari raya beberapa tahun lepas. Kacang badam bersalut biskut rapuh dan disadur coklat menawan. Sedap-sedap. Meh-meh buat lagi tahun ni :)

London Almond
Bahan-bahan :
250 gm mentega
150 gm gula halus
550 gm tepung gandum
2 biji telur (diambil kuningnya)
1 sudu kecil emplex
cooking chocolate (double boiling)
badam (dipanggang / dibakar)
sedikit badam serbuk
(boleh gantikan dengan esen vanila tapi kureng skit la)
badam cincang
mangkuk kertas

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan tepung, emplex dan badam serbuk. Adun hingga menjadi doh yang boleh dibentuk. Ambil sedikit doh saiz sebesar guli dan balut badam, kemudian bentukkan menjadi bola bujur. Letakkan doh di dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175*C selama 20-25 minit atau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan dahulu. Setelah sejuk, masukkan biskut yang telah dibakar ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang telah dicairkan di atasnya. Taburkan dengan badam cincang dengan segera supaya ia betul2 melekat dengan coklat. Biarkan sejuk dan bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

BISKUT RAYA TAT NANAS

Author: Mazni Azmi // Category:
Assalamu'alaikum Wrmbth,

kali ini, resepi kuih yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ada saja yang mengidam makan tat nanas kan ;p

TAT GULUNG

Bahan-bahan

60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
Jem Nenas

Bahan Glaze/pengilat

2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning


Cara-cara

1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT RAYA BISKUT BADAM CORNFLAKES

Author: Mazni Azmi // Category:
Assalamu'alaikum Wrmbth,

Hari raya dah dekat, mari buat biskut raya ;p


BISKUT BADAM CORNFLAKES
Bahan-bahannya
1 cawan tepung naik sendiri
2 cawan cornflakes di kisar halus
1.1/2 cawan serbuk badam
150 gam mentega
100 gm gula kastor
1 biji telur
1/2 camt vanilla

Hiasan
Coklat putih di cairkan
Coklat masakan di cairkan

Cara Membuatnya
Ayak tepung, kemudian gaulkan dengan cornflakes yang telah di kisar dan
badam. Ketepikan. Pukul mentega, gula, telur dan esen vanilla. Kaup
balikkan adunan tepung hingga sebati dan menjadi doh yang lembut. Canai
setebal 3 mm, terap denga penerap biskut kegemaran anda. Susun di atas
dulang pembakar yang telah di lenserkan. Bakar dalam ketuhar pada suhu
180 darjah celcius selama 15 minit. Sejukkan di atas redai kuih.
Sementara itu cairkan coklat masakan putih dan coklat. Sapukan coklat
putih di atas permukaan biskut. Ambil lidi dan celupkan kedalam coklat
cecair berwarna coklat dan corak/lukiskan di atas permukaan biskut yang
telah di sapukan coklat putih. Biarkan coklat membeku dan simpan di
dalam bekas kedap udara.